Hanya memaparkan peristiwa peristiwa yang lalu dan semasa sebagai kenangan untuk ditonton di hari depan
Selasa, 14 Disember 2021
Khamis, 14 Oktober 2021
Gambang City Punya Cerita 6 November 2010
Anakku pulang bawa surat pembatalan ke Gambang Resort, tapi aku tidak membaca..Last last keluarga aku sahaja yang masuk ke sini..
RUMAHKU LOT 1287
Semenjak tahun 2002 aku membina rumahku di di tapak seluas lot rumah dengan menggunakan wang simpanan. Sedikit demi sedikit lama lama membentuk sebuah tempat berteduh.
Jumaat, 8 Oktober 2021
Khamis, 7 Oktober 2021
Menawan puncak gunung Jasar Cameron Highland
12hb Oktober 2018 (Jumaat)
Pada pukul 10.30 pagi bertolak drp SMKPS dan berhenti di Masjid Sg Koyan untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan makan tgh.
3.00pm
Meneruskan perjalanan dan berhenti di Empangan baru iaitu Empangan Sultan hj Ahmad Shah.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata Cameron Highland.
13hb Oktober 2018
Jam 8.00 pagi kami mula mendaki Gunung Jasar.
Perjalanan Ke Medan (8hb-11hb Mac 2019)
Rombongan Pelajar pra-u seramai 34 orang ke Medan berkumpul di KLIA2.
Hari Pertama (Medan To Parapat)
Kami bertolak dari KLIA menaiki pesawat AirAsia sekitar jam 10.00 pagi dan Tiba di Kualanamu Airport Medan. Anak -anak pelajar sibuk membeli simcard dan masing2 menggunakan nombor tempatan. Perut mulai meragam dan mata masing2 ke restoran untuk menjamu makanan tengahari Kami makan..
Kami meneruskan perjalanan ke Parapat menerusi Tebing Tinggi. Bila sampai di Permatang Siantan, kami berhenti di Paten Shop untuk melawat kedai kacang tumbuk. Kami sampai agak lewat sedikit di DTIC Hotel Parapat
Kami meneruskan perjalanan ke Parapat melalui Tebing Tinggi. Ketika di Permatang Siantar kami berhenti eketika di Paten Shop untuk melihat hasil kraf tempatan iaitu "Kacang Tumbuk". Seterusnya meneruskan perjalanan ke Parapat. Masa agak lewat petang dan kami berhenti sembahyang di Masjid Al-Hadi kerana kami tidak lagi akan berjumpa masjid kerana sepanjang jalan untuk ke sana memang sukar untuk bertemu masjid. Hanya gereja setiap 2 kilometer kerana masyarakat batok kebanyakannya beragama kristian. Panorama Rest Siantar dapat dilihat melalui perjalan ke Parapat. Kami Check in di DTIC Hotel sekitar jam 7.00 pm. Kepalaku mula pening kerana tidak tahan dengan jalan bengkang bengkok untuk menunju ke danau Toba. Pemandangan sungguh cantik kerana hotel kami betul2 berhadapan dengan Danau Toba bersetentangan dengan Pulau Samosa. Kami makan malam dan tidur awal kerana kepala pening.
HARI KEDUA (Parapat ke Berastagi - Medan)
Selepas Breakfast di Hotel kami meneruskan perjalanan ke Berastagi menerusi Simarjarunjung kira2 155km. Ia mengambil masa kira2 4 jam perjalanan. dalam pertengahan perjalanan, Kami berhenti minum air tea halia dan pisang goreng di Simarjarunjung Hill, kedua kami berhenti di Sipiso-piso Waterfall di Sitongging Village. ketiga kami berhenti di Sapo Juma (sebuah taman yang cantik dengan pelbagai bunga dan warna di samping melihat pemandangan Tasik Toba. Ketika sampai di Berastagi. kami melawat fruit market. Kami lunch di Puncak Resto. Selepas lunch kami meneruskan perjalan ke Medan menerusi Sibolangit. Setiba di Medan kami melawat Kaos Jegges & Markisa Noerlen. Kami dinner di Lubuk idal Rest. Kemudian check in di Grand Antares Hotel Medan.
HARI KETIGA :Medan (City Tour & hopping Tour)
Selepas breakfast di hotel kami pergi melawat istana Maimoon (1888), Kemudian ke Masjid Agong Al-Ma'sun (1906) dan Muzium Sumatera Utara. Kami bersarapan di Simpang 3 Rest Mongonsidi. Selepas makan tengahari kami dibawashopping di Gudang Batik & Kain Hela/Telekung Abang Adik & Wajir shop, Fashion outlet, Pajak Ikan dan Medan Mall. Kemudian balik ke hotel dan Dinner di Cafe Rumah Pohon Rest.
HARI KEEMPAT: Lawatan ke USU - Bertolak Balik
Selepas breakfast di Hotel Grand Antares, kami terus melawat Uiversity of North Sumatera. Kami makan tengahri di rstoran tempatan dan terus ke Airport umtuk Pulang ke Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)