12.20 tengah hari kami tiba di KLIA2. Rombongan seramai 10 orang lelaki dan 6 orang perempuan ke destinasi bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Mereka kelihatan seperti orang-orang kaya.
Setelah kurang lebih setengah jam berurusan di kaunter kami bergerak ke ruang berlepas. Di ruang berlepas kami dapat berehat dengan selesa. Kami menunggu saat- saat untuk terbang. Helang merah kelihatan berlegar-legar di hangar.
2.45 petang kami semua berada di dalam perut helang merah Ak 5022 bersedia untuk terbang ke Ho Chi Minh City. Semua penumpang dirantai keledar di pinggang. Cikgu Asri sedikit gembira kerana dapat tempat duduk di tepi tingkap, sebelahnya cikgu Kamarul. Kami duduk sebaris.
Di ruang angkasa masing-masing diam, melayan perasaan sendiri. Ambil peluang melelapkan mata, "tidur- tidur ayam" kata orang. Sesekali terdengar hilaian ketawa rakan- rakan. Tidur terganggu apabila pelayan mengagihkan makanan "nasi lemak".
4.43 petang kami tiba lapangan terbang Ho Chi Minh. Ketibaan kami di sambut oleh En. Yusuf pemandu pelancung. En Yusof orang Campa, fasih berbahasa melayu. Mudah kami berkomunikasi. Dengan bas kami bergerak ke hotel penginapan "Ngan Ha".
Jam 7.00 waktu Vietnam. Kami dibawa menikmati makan malam. Jam tujuh malam di Vietnam, kalau di Malaysia dah jam lapan malam. Waktu di sini lewat satu jam. Memang perut dah koroncong. Di restauran Hj. Osman kami dijamu siakap 3 rasa, telur dadar, sambal dan sop. Semua masakan melayu. Kami makan dengan seleranya.
Selesai menikmati makan malam. Kami bersiar-siar di kawasan sekitar, ada teman- teman ke kedai telekomunikasi untuk membeli kad internet. Suasana persekitaran agak sibuk kerana ada ramai peniaga memasang khemah untuk berniaga pasar malam. Kesibukan lalu lintas motosikal menyempitkan lagi laluan..
Pelbagai barangan ada di pasar malam. Kami mengambil kesempatan mencuci mata. Pelbagai gelagat dan karenah dapat diperhati, mengagamitkan keinsafan, syukur aku menjadi rakyat Malaysia
Ho Chi Minh bandar yang padat dengan penduduk. Ada 13 juta penduduknya.Taraf hidup yang sederhana. Semua orang sibuk mencari rezeki. Pelbagai cara untuk mendapatkan wang. Segala macam pujuk rayu digunakan sebagai senjata untuk mendapatkan wang. Sedari merayu untuk kilatkan kasut sehingga merayu melanggan tukang urut. Pelanggan sentiasa diekori. Bertanya, bertanya, dan merayu, tanpa putus asa. En.Yusof dah ingatkan dari awal pertemuan kami supaya perayu-perayu ini tidak dilayan.
Di Malaysia mungkin kita tak berjumpa cara begitu. Susahnya mencari sesuap nasi, mungkin. Itulah kehidupan di bandar ini. Kata saudara Salleh pemandu pelancung, orang di sini suka makan di gerai tepi jalan kerana makanan di restauran mahal. Memang benarlah maklumat yang diberi oleh Salleh itu. Dapat aku perhatikan gerai-gerai di tepi jalan memang tepu pelanggan.
1 April 2017.(Hari Kedua)
Suasana sibuk pagi ini dengan motosikal yang banyak. Bersesak-sesak di persimpangan jalan. Sentiasa terdengar bunyi hon. En. Yusof, memberitahu yang menggunakan motosikal ialah orang miskin. Ho Chi Minh bandar motosikal. Sebab itu jalan sesak dengan motosikal. Bergerak bersimpang siur dan jarang ada kemalangan. Katanya lagi motosikal boleh dipandu hanya dengan kelajuan 50 km sahaja. Kalau lebih akan disaman dan bayaran menjadi berganda jika kelajuan meningkat. Banyak orang susah hidup di bandar.
Kembali ke lobi hotel teman-teman telah berkumpul untuk ke tempat sarapan. Kami
bersarapan di sebuah hotel Mars Saigon yang dahulunya hotel Sabah Saigon, tetapi sekarang dimbil alih oleh pengusaha Islam yang lain. Ramai wanita bertudung bersarapan di situ.
Selesai bersarapan, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Mekong. Dalam perjalanan singgah di kedai pakaian, ada teman- teman membeli telekong. Aku termakan pujuk peniaga dan membeli barangan kulit dan cenderamata.
Perjalanan ke Mekong memakan masa lebih kurang satu jam.kata Salleh. Di kiri - kanan sepanjang kelihatan sawah padi dan rumah penduduk.Cantiknya pemandangan, saujana mata memandang. Ramai penduduk adalah petani. Ada juga kawasan yang sedang dibangunkan. Anehnya ada kuburan di tengah sawah. Kata Sallah, mereka gunakan kawasan sendiri untuk pusara bagi mengelakkan anak-anak menjual tanah.
10.50 pagi kami tiba jeti di Sungai Mekong. Dari jeti 20 minit perjalanan ke pulau Unicorn.semua penumpang bot kelihatan riang. Riuh dengan gelak ketawa, gurauan kecindan teman-teman membangkitkan rasa kemesraan. Lawatan serata kampung hanya mempamir dan menjual produk industri kampung seperti produk makanan dan kraf tangan. Tidak banyak yang dapat dibawa pulang kecuali kenangan. Produk madu dan lainnya hanya dijamah di situ. Kalau ada yang dibeli hanyalah sekadar buah tangan untuk keluarga. Kenangan menaiki perahu melalui anak sungai ke sungai Mekong menarik dan tentunya akan menjadi kenangan. Keletihan berpanas melawat diupah dengan air kelapa pandan yang enak diminum sambil melempias kenangan pendek di atas bot.
3.10 petang kami meninggalkan jeti sungai mekong dengan mengengdong kenangan di negara yang pernah dijajah selama 100 tahun oleh Perancis dan 30 tahun oleh Amerika syarikat itu.
Bas meluncur laju menuju restauran Yusof Pahang untuk makan tengah hari.Ada teman-teman yang menepuk perut isyarat tanda kelaparan. Mereka dah terbiasa makan waktu tengah hari. Apabila makan lewat itulah ragamnya. Memang orang-orang Vietnam makan tengah hari lewat, kata En.Yusof. Mereka sarapan pagi jam sembilan pagi dengan makanan berat iaitu nasi, makan tengah hari jam empat petang dan malamnya hanya makan makanan berasaskan sup sahaja
Selesai makan dan solat jamak perjalanan diteruskan ke destinasi berikutnya . Sebelum bergerak teman-teman membeli kopi sekilo dua di rentauran en. Yusof untuk dibawa pulang.
Bas meninggalkan restauran Yusof Pahang dengan siraman hujan lebat. Di luar sana penunggang motosikal basah kuyup dan ada yang berbaju hujan mengelak kebasahan. Jalan berkabus dan sesak. Jeritan hon kereta kerap kedengaran. Di dalam bas hanya kedengaran deruan enjin bas sahaja. Penumpangnya mungkin diam melayan perasaan atau ada yang merapatkan kelopak mata, tidur. Keadaan senyap sunyi seketika.Akupun terlelap.
Hujan menebalkan kedinginan di dalam bas dan menambah keselesaan penumpang tidur. Kepala terlentok ke kiri dan ke kanan. Terlelap sungguh.
Dalam kehujanan kami singgah di Dany shop gedung kain. Ramai pelanggan perempuan mendominasi rak-rak kain.
Ketika kami meninggalkan gedung kain setelah 3 jam berada di situ, jalan sesak kerana banjir kilat. Perjalanan ke hotel menjemukan. Ada gerimis di luar. Cahaya lampu jalan menjadi kelam, sekelam wajah teman-teman yang keletihan.
Tiba di hotel jam 6.50 petang sempat berehat sebentar.
Kami menunggu jam 8.00 malam untuk makam malam. Malamnya kami makan malam di restauran Hjh. Aishah. Masakan hampir sama dengan malam sebelumnya.
Selepas makan, ada teman-teman berkeliran ke kedai-kedai dan pasar malam mencari beg tambahan untuk mengisi berangan langganan yang bertimbun. Suasana malam agak sesak kerana ramai pelancung juga dilihat berkerumun di tempat jualan beg. Penjaja tempatan hebat berperanan. Penjaja kacang, buah-buahan, barang mainan dan peminta sedekah. Pujuk rayu pelanggan berhabis-habisan. Tetapi mereka kurang dilayan. Pembeli lebih berminat kain tudung Nelofa, kain pasang dan telekung. Hujan gerimis bagai meraikan suasana keghairahan malam.
Setelah penat berlegar-legar di pasar malam kami pulang ke hotel. Di lobi ada teman-teman yang melihat you tube perlawanan bola sepak piala FA malaysia antara Pahang dengan JDT. Pahang menang 3 berbalas 1.
Dalam keletihan kami bergerak ke bilik masing-masing dan menanti hari esok.
2 April 2017 (hari Ketiga)
Pagi ini kami bersarapan di Mars Saigon. Destinasi hari ini ialah Ci Chi torowong vietnam. Dalam perjalanan singgah di Linda Wholesale gudang pakaian. Ramai pelanggan perempuan di sini.
Jam 11.00 pagi kami tiba di Cu Chi kubu pertahanan tentera Vietnam. Banyak kesan sejarah dapat dilihat di situ. Segala macam peralatan pertahanan dijaga dengan baik untuk tatapan umum. Jerangkap samar dan terowong yang dibina oleh tentera Vietnam masih utuh dan dijadikan tarikan pelancong. Semuanya menceritakan betapa hebat perjuangan rakyat Vietnam menentang penjajahan Amerika. Tektik perang gerila yang digunakan menyebabkan tentera Amerika sukar menawan Vietnam. Jerih perih perjuangan berdarah rakyat Vietnam dapat dilihat di situ. Setelah 30 tahun berjuang akhirnya tentera Vietnam berjaya menunjukkan jalan keluar kepada penjajah Amerika itu.
12.30 meninggalkan Cu Chi dan singgah di restauran Ahmad Kamarudin untuk makan tengah hari.
1.35 petang bergerak ke destinasi berikutnya iaitu muzium perang. Tempat menyimpan segala khazanah memori kekejaman penjajah. Segala eset kekejaman tentera Amerika ditinggalkan setelah kalah beradu. Bangunan ini menyimpan dan mempamirkan penderitaan rakyat Vietnam akibat perang. Kesengsaraan dan keperitan hidup rakyat Vietnam dirakam di dinding pameran. Kesannya dirasai oleh sesiapa sahaja yang meninjau ke muzium ini. Betullah kata pepatah dalam peperangan yang " kalah jadi abu, menang jadi arang". Puluhan tahun untuk kembalikan kedamaian pun mungkin sukar.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah di kedai peralatan sukan. Teman-teman memborong barangan adidas. Cikgu Kanarul dapat melengkapkan badan dengan barangan adidas " serba berdiri" kata orang.
5.45 Sampai ke hotel, kami mengambil kesempatan bersihkan diri dan menunggu waktu makan. Malamnya kami makan di restauran Musa Kariem. Selepas makan, teman-teman meneruskan aktiviti memborang barangan. "Semua belian hanya untuk isteri" kata cikgu Asri. Habis-habisan nampaknya teman-teman aku ini melaksanakan objektif kehadiran mereka di sini. Berbelanja sehingga larut malam. "Semakin malam, semakin murah barangannya" kata cikgu Badrul.
3 April 2017 (Hari Keempat)
Kami bergerak ke lapangan terbang jam 10.50 pagi. Riuh rendah suasana di dalam bas. Gurau senda teman-teman menghidupkan kemesraan yang berganda. Menyegarkan mata yang jika dilayan kekenyangan perut boleh mengundang mengantuk. Goncangan bas bagaikan buaian yang didodoi dengan nyanyian hon motokar yang mengasyikkan.
Tiba-tiba saudara Salleh pamandu pelancong kami bangun berucap sepatah dua kata dan memohon maaf jika ada kesilapan semasa beliau mengendalikan lawatan kami. Memeriahkan lagi sausana beliau menyanyikan 2 buah lagu dalam bahasa Vietnam dan bahasa Kemboja. Riuh rendah lagi suasana dalam bas. Semua penumpang bertepuk tangan.
.
Kami tiba di lapangan terbang jam 12.10 pagi. Empat puluh minit berurusan di kaunter, kami bergerak menuju ke get 16. Kami menunggu giliran untuk terbang. Di get 16 ramai penunggu seperti kami.
1.35 Petang kami memijak karpet merah di dalam pesawat Ak 527 dan terus terpaku di bangku pesawat. Degungan bunyi pesawat mengunci mulut penumpang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali terdengar orang berdekatan berbual-bual cerita sendiri.
4.45 petang waktu Malaysia tayar pesawat mencecah landasan terbang. Maklumat pegawai penerbangan menyatakan penerbangan selamat sampai melegakan semua penumpang. Ketibaan di KLIA membawa seribu kenangan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baiklah di negeri sendiri. Malaysia kami kembali kepadamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan